RMK-13 TALK: PEKERJA DITINDAS, MAJIKAN DIPELIHARA

 

RMK-13 TALK: PEKERJA DITINDAS, MAJIKAN DIPELIHARA

 

 

Hari ini, 16 Ogos 2025, NUBE bersama SPCAAM telah menganjurkan satu sesi penerangan kritikal mengenai RMK13 di Ibu Pejabat NUBE, KL.

Penceramah Jemputan:

Bro Michael Tan, Presiden NUBE

Sis A. Karuna, Setiausaha Agung SPCAAM

Dr. Zouhair Mohd Rosli, Pengarah Unit Sosioekonomi SPCAAM

Antara isu-isu penting yang dibangkitkan:

1. RMK13 mungkin kelihatan menarik tetapi realitinya bank tetap kapitalis yang mencari keuntungan maksimum, sementara cawangan luar bandar terus ditutup dan abaikan pekerja. AI dan digitalisasi perlukan latihan semula, bukan sekadar janji kosong.

2. RMK12 gagal, kos RM400B tetapi inflasi dan gaji tetap menekan. KPI kerajaan adalah jaga hati majikan, KPI majikan adalah pastikan gaji pekerja kekal rendah.

3. RMK12 sasarkan 40% ekonomi untuk pekerja, tetapi hanya 35% tercapai. RMK13 ulang sasaran sama, bermakna subsidi besar-besaran untuk majikan, bukan pekerja.

4. Produktiviti pekerja dituntut naik, tetapi gaji tidak sepadan. Dengan inflasi, pekerja bakal terpaksa kerja lebih tetapi dibayar kurang.

Jelas sekali, RMK13 bukan pelan untuk rakyat. Ia pelan untuk majikan, sementara pekerja terus diperah.

Solidariti pekerja mesti diperkukuh untuk bongkar realiti ini.

Anjuran bersama: SPCAAM & NUBE

#RMK13 #WorkersOppressed #EmployersProtected #NUBEVoices #SPCAAM #WorkersSolidarity #OneForAllAllForOne #PekerjaTertindas #MajikanDibelai #NUBEBersuara #SolidaritiPekerja