Perutusan Presiden

 

PERUTUSAN PRESIDEN SPCAAM

Rakan-rakan yang dikasihi,

Selepas 65 tahun mencapai kemerdekaan daripada British, kita masih menyaksikan bekalan air berlumpur, yang mengalir dari paip di sebuah perkampungan Orang Asli di negeri terkaya di Malaysia.

Pekerja-pekerja masih didera dan dieksploitasi oleh banyak majikan, termasuk mereka yang merupakan anak syarikat organisasi perlindungan sosial negara.

Adakah rakyat negara ini, terutama pekerja mempunyai perlindungan yang cukup?

Jawapannya, kita belum capai tahap yang boleh membanggakan dan memuaskan. Ilham untuk menubuhkan Persatuan Perlindunagan Sosial Pencarum atau SPCAAM wujud apabila kami melihat masih wujud satu jurang yang besar dari segi perlindungan sosial bagi pekerja-pekerja di negara ini, tidak kira jawatan... sama ada yang bekerja di peringkat bawahan, pertengahan mahupun atasan.

Kita perlu membantu melindungi mereka, menyediakan perlindungan yang cukup membina. Kita perlu melakukan sesuatu, ia akan bermula dari sini, dari SPCAAM.

Ayuh! Sertai kami dengan permohonan yang sangat mudah! Dan kamu layak menjadi sukarelawan, dengan Bersama, kita bawa kesedaran tentang perlindungan sosial kepada semua di Malaysia.

Siapa yang boleh menyertai kami?

Setiap rakyat Malaysia dan warga asing yang tinggal di Malaysia tanpa mengira kedudukan anda dalam masyarakat kerana setiap orang memerlukan perlindungan sosial. SPCAAM lahir dari pekerja, untuk pekerja, demi pekerja.

Bagi pihak Jawatankuasa SPCAAM, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah memainkan peranan dalam membawa organisasi ini menjadi kenyataan dan bersama-sama dengan Tuhan Yang Maha Esa, SPCAAM akan menjadi badan penasihat perlindungan sosial yang berkesan untuk semua yang menetap di Malaysia.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

J SOLOMON

single-img-twentyone
J SOLOMON

Presiden