Perutusan Setiausaha Agung

 

PERUTUSAN SETIAUSAHA AGUNG SPCAAM

Saudara dan Saudari yang dihormati

Pandemik Covid-19 telah mendedahkan jurang yang serius dalam sistem perlindungan sosial kita yang tidak mencukupi, dan kita boleh melihat ramai pekerja yang terdedah dan tidak dilindungi pada masa sekarang dan akan lebih ketara apabila bersara kelak. Ramai yang mengalami masalah mata pencarian yang serius, manakala ramai lagi yang bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Hak untuk keselamatan sosial adalah satu komponen utama hak asasi manusia. Ia adalah penting untuk menjamin kehidupan yang bermaruah.

Perlindungan sosial termasuk dasar dan program yang direka untuk mengurangkan kerentanan dengan menggalakkan pasaran buruh yang cekap, mengurangkan pendedahan orang ramai kepada risiko, dan meningkatkan keupayaan mereka bagi melindungi diri mereka daripada bahaya dan gangguan/kehilangan pendapatan.

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia atau SPCAAM telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai pemudah cara dalam membantu rakyat. Badan ini akan mewakili pekerja Malaysia, pekerja-pekerja dari negara lain dan pengguna yang menyumbang kepada perlindungan sosial di Malaysia.

Perlindungan sosial di Malaysia tidak cekap untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Ramai lagi yang tersisih sepenuhnya daripada sistem perlindungan sosial. Mereka tiada sebarang bentuk sokongan dan sangat terdedah.

Oleh itu, kita boleh berbangga bahawa buat pertama kali dalam sejarah negara, kita mempunyai organisasi yang akan melihat kepentingan rakyat, yang merupakan penyumbang perlindungan sosial dalam badan berkanun atau bukan berkanun.

Antara OBJEKTIF utama SPCAAM ialah:

  • 1. Memahami kepentingan perlindungan sosial, tanggungjawab pencarum dan pengurusan dana caruman.
  • 2. Sumbangan dana benar-benar memberi manfaat kepada pencarum.
  • 3. Meningkatkan kepentingan, hak dan faedah setiap orang yang menjadi penyumbang.

SPCAAM yang dilancarkan hari ini, pada 1 Mei, sempena Hari Pekerja Sedunia dimulakan dengan Unit Komunikasi, Sosioekonomi dan Perhubungan Perusahaan.

Perlindungan sosial yang lebih kukuh seharusnya menjadi jalan ke hadapan untuk negara kita.

Bersama-sama, kita boleh membawa perubahan yang kita impikan.

Oleh Rakyat

Untuk Rakyat

A. KARUNA

single-img-twentyone
A KARUNA

Setiausaha Agung