Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE)

 

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE)

 

 

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) i menggesa penggantungan tugas Menteri Sumber Manusia Steven Sim berikutan pendedahan ketirisan dalam laporan audit HRD Corporation, entiti di bawah bidang kuasanya.

NUBE berkata ia bukan kali pertama Sim “gagal melaksanakan tugasnya dengan cekap”, sambil menambah menteri itu telah menunjukkan “sikap kurang integriti” dalam mengendalikan kontroversi mengenai bantuan musim perayaan untuk pekerja.

Ia berkata “ketidakcekapan” Sim dalam isu bantuan perayaan itu menjejaskan 60,000 pekerja dan keluarga mereka.

NUBE : "Berdasarkan kepada perilakunya yang sombong, melulu dan jahil dalam menangani isu antara NUBE dengan pengurusan bank, ia tidak mengejutkan bahawa Menteri Sumber Manusia telah, sedang dan akan terus merumit dan memburukkan skandal HRD Corp melalui pembabitannya,

“Selaras dengan kepercayaan kami, dengan rasminya kami menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menggantung Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong atas prestasi buruk menjalankan tanggungjawabnya”.

“Hari ini kami mungkin kesatuan pekerja pertama yang menggesa kepada penggantungan Sim, namun kami amat yakin bukan yang terakhir akan berbuat demikian pada masa akan datang.”