21 November 2023 I Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

21 November 2023 I Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

Ibupejabat SPCAAM telah dihadiri oleh seorang pekerja dari sektor perkhidmatan jualan yang telah dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah. Sdra Zul Thye dari Unit Komunikasi telah mendengar keluhan dan aduan dari pekerja tersebut hari ini.

Pekerja tersebut sebenarnya telah membuat aduan pembuangan kerjanya di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur.

Beliau telah hadir ke pejabat SPCAAM untuk mendapatkan nasihat dan sekaligus mohon bantuan daripada SPCAAM untuk mewakilinya di dalam Rundingan Damai yang akan dijalankan pada 28 November 2023 nanti.

Sdra Zul Thye telah mengambil segala nota dan informasi yang diperlukan untuk mewakilinya nanti kerana beliau adalah salah seorang ahli bersekutu SPCAAM yang berdaftar. Semoga beliau akan mendapat keadilan dan perlindungan sosial yang wajar selepas ini.