SPCAAM MEMBELA NASIB PEKERJA ATAS PEMECATAN KERJA YANG TIDAK ADIL

 

SPCAAM MEMBELA NASIB PEKERJA ATAS PEMECATAN KERJA YANG TIDAK ADIL

 

 

Seorang pekerja dari sektor perkhidmatan telah datang ke pejabat SPCAAM hari ini untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pembuangan kerjanya. Beliau telah berkhidmat dengan sebuah syarikat dari sektor perkhidmatan di Kuala Lumpur selama 3 tahun. Pihak syarikat mendakwa bahawa pekerja tersebut tidak menjalankan kerjanya menepati KPI yang sepatutnya.

Tanpa diberikan surat tunjuk sebab dan melalui proses siasatan dalaman yang sepatutnya, pekerja telah ditamatkan perkhidmatan atas alasan yang tidak sepatutnya. Beliau telah hadir ke ibupejabat SPCAAM dan telah dinasihati oleh Sdra Zul Thye, Unit Komunikasi SPCAAM yang juga membantu di dalam perkara berkaitan Perhubungan Perusahaan. Memandangkan kes tersebut telah difailkan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur dibawah Seksyen 20 – Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk pemulihan kerja, Sdra Zul Thye akan mewakili beliau di dalam sesi Rundingan Damai nanti.

#solidaritipekerja

#pekerjakilang

#viralpage

#pekerjakeras

#Rakyat

#RakyatBantuRakyat