KERAJAAN TIDAK SEPATUTNYA MENGHANCURKAN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN KAUM PEKERJA

 

KERAJAAN TIDAK SEPATUTNYA MENGHANCURKAN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN KAUM PEKERJA

 

 

Gabungan Membantah Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) merupakan satu gabungan yang terdiri daripada lebih 38 Kesatuan Sekerja dan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) yang terdiri daripada lebih 100 Kesatuan Sekerja. CAMU dibentuk untuk menzahirkan pendirian membantah Rang Undang Undang (RUU) Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2023 yang akan menyebabkan impak yang negatif. 

Rang Undang-undang tersebut selepas bacaan kali pertamanya di Dewan Rakyat, pada 9 Oktober 2023. Rang Undang-undang ini kemudiannya diluluskan oleh Dewan Rakyat, pada hari berikutnya pada 10 Oktober 2023.

CAMU telah meneruskan bantahan terhadap RUU ini sejak tahun 2022 lagi dan akan terus membantah beberapa cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang berikutan kesan negatif, termasuk yang berikut:

  1. Lebih daripada satu Kesatuan Sekerja di tempat kerja, wujudkan kepelbagaian Kesatuan Sekerja di satu tempat kerja,
  2. Memberikan kuasa lebar luas yang berlebihan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan pemeriksaan, menuntut pengeluaran dokumen, dan kuasa untuk menyita dokumen,
  3. Mencabuli kebebasan Kesatuan Sekerja dalam menguruskan hal ehwal Kesatuan Sekerja mereka sendiri,
  4. Menghakiskan perpaduan di kalangan pekerja, menafikan suara bersatu untuk ahli kesatuan,
  5. Persaingan antara kesatuan sekerja di tempat kerja,
  6. Ketidakstabilan, persaingan yang tidak harmoni dan perpecahan di tempat kerja akan melemahkan kedudukan Perjanjian Kolektif (CA), yang hanya akan menguntungkan majikan,
  7. Cetuskan persaingan yang tidak harmoni bagi mendapatkan kawalan untuk mewakili pekerja dalam rundingan CA,
  8. Akan membawa kepada tindak-tanduk “mencuri” keahlian di antara Kesatuan Sekerja,
  9. Akan menghakis sosio-ekonomi dan hak pekerja,
  10. Pemusnahan kesatuan oleh majikan akan meningkat,
  11. Akan mewujudkan Kesatuan “Boneka”
  12. Kesatuan Sekerja akan berfungsi atas belas ihsan kerajaan dan majikan.

Mahkamah Persekutuan pada tahun 2017 telah memutuskan bahawa kepelbagaian Kesatuan Sekerja akan mewujudkan ketidakharmonian. Ini dibuktikan di dalam kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Maybank Bhd V. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank & Anor – Mahkamah Persekutuan Putrajaya Arifin Zakaria Cj Suriyadi Halim Omar Fcj Azahar Mohamed Fcj Zaharah Ibrahim Fcj Balia Yusof Wahi Jca [Civil Appeal No: 02-46-07-2015(W)] 10 Mac 2017

“Terdapat Kesatuan Sekerja yang sudah wujud yang mewakili industri yang sama dan ia harus disedari oleh DG bahawa keberbilangan Kesatuan Sekerja berkenaan perkerjaan yang sama tidak akan memupuk keharmonian industri”

CAMU mendapati bahawa sebahagian besar peruntukan yang telah diluluskan  akan membawa lebih banyak keburukan dan impak negatif ke atas hak dan kepentingan kaum pekerja dan juga pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia. Maka CAMU,

  1. Menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang sebahagiannya terdiri daripada 16 juta kaum pekerja, menandatangani petisyen ini menyeru Kerajaan untuk mengkaji semula pindaan-pindaan yang  eksploitatif terhadap pekerja dalam Rang Undang-undang yang memudahkan kepelbagaian Kesatuan Sekerja dan kuasa lebar luas Ketua Pengarah.
  2. Sebagai alternatif, Dewan Negara akan mengarahkan   Dewan Rakyat meniliti semula RUU DR 30/2023 tersebut.