RUNDINGAN DAMAI KE 2 REPRESENTASI PEMULIHAN KERJA DIBAWAH SEKSYEN 20 APP 1967.

 

RUNDINGAN DAMAI KE 2 REPRESENTASI PEMULIHAN KERJA DIBAWAH SEKSYEN 20 APP 1967.

 

 

Rundingan damai yang kedua melibatkan salah seorang ahli SPCAAM daripada sektor perkhidmatan telah diadakan pada hari ini di JPP KL

Sdr Zul Thye dari Unit Komunikasi SPCAAM telah mewakili ahli SPCAAM tersebut untuk rundingan damai kali ke 2. Pihak majikan diwakili oleh 2 wakilnya dan rundingan dijalankan dengan baik bagi mencari penyelesaian di peringkat jabatan.

Pihak majikan telah menyatakan tidak akan berlaku pemulihan kerja dan memerlukan masa 2 minggu untuk berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi bagi memenuhi permintaan SPCAAM untuk bayaran ex gratia yang setimpal sebagai ganti pemulihan kerja.

SPCAAM akan turut membuat tindakan susulan dengan pihak JPP KL untuk memastikan maklumbalas pihak Majikan adalah mengikut tempoh masa yang diberikan.