SPCAAM MEWAKILI PEKERJA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP KL.

 

SPCAAM MEWAKILI PEKERJA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP KL.

 

 

SPCAAM terus memainkan peranannya membantu golongan pekerja yang telah dibuang kerja tanpa alasan munasabah. Pada hari ini, Sdr Zul Thye telah mewakili salah seorang pekerja yang juga merupakan ahli SPCAAM di dalam sesi Rundingan Damai di JPP KL.

Pihak Majikan yang merupakan dari organisasi sebuah Persatuan telah diwakili oleh 3 wakilnya. Sebelum sesi dimulakan untuk penghujahan, Sdr Zul Thye telah membuat bantahan kepada pegawai JPP KL yang mengendalikan kes kerana salah seorang wakil dari pihak Majikan telah diwakili oleh seorang Peguam. Bantahan tersebut diterima dan Peguam tersebut telah diarahkan keluar dari bilik rundingan.

SPCAAM telah memberikan salinan dokumen yang diperlukan iaitu Borang P002, P003, Borang K. Sdr Zul Thye juga telah memberikan keterangan yang jelas kepada pihak JPP melalui Pernyataan Kes yang telah disediakan.

Tiada penyelesaian dapat dicapai pada hari ini dan sesi Rundingan Damai yang seterusnya akan diadakan dalam tempoh masa seminggu lagi.