2 AHLI SPCAAM BERJAYA DENGAN TUNTUTAN PAMPASAN PEMBERHENTIAN KERJA.

 

2 AHLI SPCAAM BERJAYA DENGAN TUNTUTAN PAMPASAN PEMBERHENTIAN KERJA.

 

 

SPCAAM telah berjaya mendapatkan bayaran pampasan sebagai ‘ex-gratia in lieu of reinstatement” kepada 2 orang ahlinya yang telah datang mengadu di pejabat SPCAAM pada 29 Ogos 2023 yang lalu. Representasi tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Presiden SPCAAM sendiri, Sdra Nadarajan di pejabat JPP Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kedua-dua pekerja yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan tersebut telah diberhentikan secara tidak adil oleh Majikan. Kontrak kerja yang masih belum tamat tempoh tidak dipatuhi oleh pihak Majikan. Semasa pekerja menuntut gantirugi terhadap Majikan, tuntutan pekerja tidak diperdulikan oleh Majikan. Atas sebab teraniaya, mereka telah hadir di ibu pejabat SPCAAM untuk membuat aduan.

Sdr Nadarajan telah mewakili kedua-duanya dalam sesi Rundingan Damai di JPP KL dan akhirnya berjaya mendapatkan keadilan bagi mereka. Majikan setuju untuk membayar pampasan yang sememangnya adalah hak mereka sebagai penyelesaian di peringkat jabatan.