*SPCAAM TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA PEKERJA TERANIAYA*

 

*SPCAAM TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA PEKERJA TERANIAYA*

 

 

Ibupejabat SPCAAM pada petang tadi telah dihadiri oleh seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 8 tahun di sektor perkhidmatan yang ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab yang munasabah oleh pihak majikannya.

Melalui perbincangan yang telah diadakan bersama wakil SPCAAM, Sdr Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM, mendapati pekerja tersebut telah ditamatkan dengan hanya makluman daripada pesanan mesej di Whatsapp. Tiada siasatan dalaman yang terperinci diadakan dalam memastikan keadilan terhadap pekerja tersebut sebelum beliau dibuang kerja.

Sdr Zul Thye telah menerangkan kepada beliau berkenaan proses seterusnya yang akan dilalui semasa Rundingan Damai yang bakal dijalankan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur nanti.

Di akhir perbincangan, beliau telah meletakkan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada SPCAAM untuk membantunya. Borang keahlian SPCAAM telah diserahkan kepada Timbalan Presiden SPCAAM, Sdr Nadarajan.