*PERTEMUAN BERSAMA YB TUAN RAMKARPAL SINGH, TIMBALAN MENTERI UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI*

 

*PERTEMUAN BERSAMA YB TUAN RAMKARPAL SINGH, TIMBALAN MENTERI UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI*

 

 

Satu pertemuan di antara wakil-wakil Coalition Against Multiplicity of Unions (CAMU) bersama YB Tuan Ramkarpal Singh, Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Timbalan Menteri.

CAMU telah diwakili oleh Sdr Rudy Rusly, Pengerusi CAMU, Sdr J Solomon, Sdr Sivananthan dan Sdr Zul Thye selaku Sekreteriat CAMU. Ahli Gabungan CAMU yang turut hadir adalah Sdr Ismail Nasaruddin, Presiden NUFAM bersama Setiausaha Agung NUFAM, Sdr Mohd Akram Osman.

Delegasi CAMU telah menyarankan kepada YB Tuan Ramkarpal Singh untuk menyemak Undang-undang yang terus menekan gerakan Kesatuan Sekerja, membantah RUU Akta Kesatuan Sekerja Pindaan 2022 yang mencadangkan kewujudan Kepelbagaian Kesatuan Sekerja di satu tempat kerja, beberapa kelemahan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan juga Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Perbincangan berjalan dengan baik dengan kedua-dua pihak membincangkan setiap agenda yang dikemukakan. Sdr Ismail telah menerangkan kepada YB Tuan Ramkarpal berkenaan kelewatan pihak Kementerian Sumber Manusia di bawah JHEKS untuk mengiktirafkan kesatuan mereka. Sdr Rudy Rusly juga telah mengambil kesempatan yang ada untuk menerangkan bantahan CAMU terhadap kepelbagaian kesatuan sekerja dan kuasa lebar luas Ketua Pengarah JHEKS sepertimana yang dicadangkan dalam RUU tersebut.

YB Tuan Ramkarpal memaklumkan kepada delegasi CAMU bahawa, beliau akan melihat aduan-aduan yang telah disampaikan dengan teliti. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas penghujahan dan penerangan yang diberikan oleh CAMU.

CAMU juga telah menyampaikan memorandum kepada YB Tuan Ramkarpal berkenaan bantahan kepada sebahagian RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022 yang akan memberikan kesan negativf dan implikasi buruk kepada gerakan kesatuan sekerja dan pekerja B40 & M40. Ianya telah disampaikan oleh Pengerusi CAMU, Sdr Rudy Rusly.