PERTEMUAN SPCAAM BERSAMA JABATAN SUMBER MANUSIA PERKESO, PERSATUAN PEGAWAI PERKESO DAN KESATUAN KAKITANGAN PERKESO.

 

PERTEMUAN SPCAAM BERSAMA JABATAN SUMBER MANUSIA PERKESO, PERSATUAN PEGAWAI PERKESO DAN KESATUAN KAKITANGAN PERKESO.

 

 

Pertemuan di antara wakil SPCAAM yang diketuai oleh Saudara J Solomon, Presiden SPCAAM, Tuan Marzuki,Penasihat Buruh SPCAAM dan Saudara Zul Thye selaku Pengarah Komunikasi SPCAAM telah diadakan pada hari ini di Tingkat 10, Menara PERKESO Kuala Lumpur. Wakil PERKESO pula diwakili oleh Encik Mohd Razmi bin Hj Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Tuan Haji Mohd Shahar, Presiden Persatuan Pegawai PERKESO dan Encik Zaihasrul bin Ismail, Setiausaha Kesatuan Kakitangan PERKESO (Semenanjung Malaysia)

Pertemuan ini diadakan selepas SPCAAM menghantar surat kepada PERKESO untuk mengadakan perbincangan dalam mencari penyelesaian berkenaan isu penjawatan dan aduan berkaitan perlaksanaan Skim Perkhidmatan Pegawai Keselamatan Sosial. Ahli-ahli SPCAAM yang berkhidmat di PERKESO telah menulis kepada pentadbiran SPCAAM untuk membantu mereka dalam mencari penyelesain tersebut.

Perbincangan yang mengambil masa hampir sejam setengah ini telah berjalan dengan baik dan masing-masing telah memberikan hujah dan pendapat berkenaan perkara yang ingin disampaikan. Pastinya, sebagai wakil kepada ahli-ahli SPCAAM, kepentingan perlindungan sosial *dan hak asasi manusia anggota* adalah menjadi agenda utama dan rujukan bagi setiap hujah yang disampaikan. Pihak PERKESO juga telah memberikan penerangan dan maklumbalas mereka dalam perbincangan tersebut.

Pihak PERKESO akan meneruskan usaha mereka untuk berbincang bersama dengan anggota anggota SPCAAM yang adalah kakitangan dalam mencari penyelesaian yang baik dan akan memaklumkan kembali kepada *pejabat* SPCAAM kelak. Kami mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana sudi meluangkan masa dan meraikan kedatangan wakil SPCAAM dengan baik. *Semoga satu penyelesaian boleh di capai diantara pihak - pihak yang terlibat selepas ini.*

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA. SERTAI SPCAAM HARI INI DEMI PERLINDUNGAN SOSIAL YANG WAJAR.