GUNA PENDEKATAN FLEKSIBEL DALAM TANGANI ISU UMUR PERSARAAN.

 

GUNA PENDEKATAN FLEKSIBEL DALAM TANGANI ISU UMUR PERSARAAN.

 

 

PERDEBATAN yang mencetuskan cadangan untuk meningkatkan umur persaraan rasmi negara menarik pandangan yang pelbagai dan berbelah-bahagi. Terdapat kedua-dua pertimbangan ekonomi individu dan makro yang menjadi faktor kepada hujah- hujah menyokong dan menentang langkah melanjutkan umur persaraan yang kini 60 tahun.

Kakitangan sektor swasta yang bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu mereka semasa bersara kini berdepan dengan cabaran getir. Baru-baru ini KWSP melaporkan 51.5 peratus ahlinya di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000. Ini bermakna Malaysia sedang menuju ke arah krisis sosioekonomi yang serius bagi rakyatnya yang sudah bersara dan akan bersara.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang kedua-duanya semakin tidak relevan nampaknya mengambil pendirian umur persaraan tidak harus dinaikkan. Mereka berpendapat generasi muda akan kehilangan peluang pekerjaan sekiranya umur persaraan dinaikkan. Ini berdasarkan anggapan ekonomi yang salah.

Menurut Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jangka hayat global semasa kelahiran bagi kedua-dua jantina meningkat daripada 46.5 tahun pada tahun 1950 kepada 71.7 tahun pada tahun 2022. Dalam tempoh yang sama peningkatan jangka hayat di Malaysia adalah daripada 52.8 tahun kepada 76.51 tahun. Oleh itu, tempoh hidup manusia pada masa sekarang adalah lebih lama berbanding dahulu dan sukar untuk menyara diri daripada segi ekonomi selepas bersara.

BACAAN PENUH DI BAWAH </p>			
								<div class=