8 April 2023 - Melaka *SPCAAM MENYELAMATKAN PEKERJA MIGRAN YANG DITIPU EJEN PEKERJAAN*

 

8 April 2023 - Melaka *SPCAAM MENYELAMATKAN PEKERJA MIGRAN YANG DITIPU EJEN PEKERJAAN*

 

 

2 orang pekerja migran dari Myanmar telah berjaya dibantu oleh SPCAAM pada hari ini. SPCAAM diwakili oleh Sdra A Divid, Timbalan Setiausaha Agung SPCAAM dan Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM. Turut bersama menjayakan usaha sama ini ialah Sdra Rudy Rusly, Pengerusi CAMU.

Kedua dua pekerja migran ini telah ditipu oleh ejen pekerjaan dari Myanmar,kononnya akan bekerja di kilang pembuatan makanan di Pulau Pinang. Mereka ini telah mendarat di Bangkok, Thailand dan telah masuk ke Semenanjung Malaysia melalui jalan darat. Apabila tiba di sini, mereka diberikan pekerjaan yang lain dan tidak diberikan gaji mengikut Akta Kerja 1955. Passport mereka juga telah disimpan oleh ejen pekerjaan di Malaysia.

Dengan usahasama ini, passport mereka telah berjaya diambil balik dan urusan untuk mendapatkan pekerjaan dengan permit kerja yang sah sudah diusahakan.

Satu perjumpaan telah diadakan hari ini bersama pekerja migran tersebut di Melaka untuk memastikan mereka selamat. Untuk makluman semua, usaha ini dapat dijalankan apabila kami mendapat maklumat daripada rakan kesatuan sekerja di Myanmar iaitu Confederation of Trades Union Myanmar (CTUM).

Sepertimana matlamat SPCAAM, kami akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana organisasi dalam negara dan juga dari luar negara. Semua ini hanyalah berasaskan kepada perjuangan dalam membantu warga pekerja di mana saja untuk perlindungan sosial yang baik.