4 April 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur *SPCAAM TERUS PRIHATIN DALAM MEMBANTU PEKERJA*

 

4 April 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur *SPCAAM TERUS PRIHATIN DALAM MEMBANTU PEKERJA*

 

 

SPCAAM yang berperanan untuk memperjuangkan dan pembelaan hak pekerja untuk perlindungan sosial terus prihatin untuk membela nasib pekerja. Seorang pekerja tempatan telah datang ke pejabat SPCAAM dan mengadu tentang permasalahan di tempat kerja yang dihadapinya. Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah menerima kunjungan pekerja tersebut.

Di antara masalah yang dihadapi oleh pekerja tersebut adalah, tidak diberikan surat perlantikan jawatan setelah 4 bulan bekerja sebagai seorang Chef di salah sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur, tiada potongan KWSP dan PERKESO, gaji dibayar secara tunai kepada pekerja dan pelbagai permasalahan yang lain. Tindakan majikan ini jelas melanggar beberapa peruntukan utama di dalam Akta Kerja 1955 dan sekaligus tidak memperdulikan hak perlindungan sosial pekerjanya.

Saudara Zul Thye telah memberikan beberapa nasihat yang memerlukan tindakan pekerja itu sendiri demi keadilan dan hak pekerja tersebut. Namun, pekerja tersebut sudahpun mendapat pekerjaan di tempat lain dalam bidang yang sama. Sebelum beredar dari pejabat SPCAAM, beliau telah mengisi borang SPCAAM dan terus menjadi ahli SPCAAM yang sah. SPCAAM mendoakan agar segala urusan pekerja ini dipermudahkan selepas ini