31.3.2023-Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur PEKERJA TERUS DIBANTU.

 

31.3.2023-Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur PEKERJA TERUS DIBANTU.

 

 

Seorang pekerja tempatan di sektor perkhidmatan automotif telah hadir ke pejabat SPCAAM untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan penamatan perkhidmatannya.

Pekerja yang telah berkhidmat selama 6 tahun setengah di syarikat tersebut telah ditamatkan perkhidmatan pada 2 hari yang lepas atas pertuduhan salahlaku sepertimana termaktub di dalam surat penamatan perkhidmatannya.

Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memberikan bantuan khidmat nasihat kepada pekerja ini dan sempat menerangkan fungsi dan peranan SPCAAM dalam membantu golongan warga pekerja di Malaysia.

Semoga segala khidmat nasihat yang diberikan kepada pekerja tersebut akan membantu beliau dalam proses keadilan yang seterusnya. SPCAAM mendoakan agar segala urusan pekerja ini akan dipermudahkan selepas ini.