14 Mac 2023 Bangunan Parlimen, Malaysia DELEGASI CAMU BERTEMU DENGAN MENTERI SUMBER MANUSIA

 

14 Mac 2023 Bangunan Parlimen, Malaysia DELEGASI CAMU BERTEMU DENGAN MENTERI SUMBER MANUSIA

 

 

CAMU ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Kementerian Sumber Manusia dan khususnya kepada YB Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V.Sivakumar kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan pertemuan bersama delegasi CAMU yang terdiri daripada Saudara Rudy Rusly-Pengerusi CAMU, Saudara J Solomon, Saudara Zul Thye selaku Sekretariat CAMU, Saudara A Sivanathan dan Saudara S Nadarajan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja CAMU.

Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah Tuan Haji Khalid bin Jali, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Tuan Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan beberapa pegawai-pegawai utama Kementerian Sumber Manusia.

Encik Maniam Arumugam, Timbalan Ketua Setiausaha (D&AB) Kementerian Sumber Manusia telah memberikan ucapan pembukaan mengalu-alukan kedatangan CAMU dan terus menyerahkan kepada Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V Sivakumar untuk meneruskan agenda. YB Menteri mengucapkan terima kasih kepada CAMU atas kehadiran pada hari ini dan beliau berharap pertemuan ini akan memberikan maklumat yang lebih terperinci dan luas daripada CAMU tentang RUU Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 ini.

Saudara Rudy Rusly, selaku Pengerusi CAMU telah memberikan penerangan yang luas dan terperinci berkenaan hala tuju dan perjuangan CAMU. Saudara A Sivananthan telah menerangkan juga apakah implikasi RUU tersebut dan kesannya sekiranya ianya dilaksanakan. Saudara J Solomon telah memberikan penerangan yang terperinci berkenaan kesan kepelbagaian kesatuan sekerja di satu tempat kerja yang pernah dilalui suatu ketika dahulu bermula dari tahun 2010 hingga 2017 oleh NUBE. Keputusan Mahkamah Persekutuan juga telah dikongsi bersama kepada semua yang hadir di dalam pertemuan ini.

YB Menteri telah mengambil maklum bahawa, CAMU hanya menentang sebahagian daripada pindaan di dalam RUU tersebut iaitu kepelbagaian kesatuan sekerja dan kuasa lebar luas Ketua Pengarah. Beliau juga memaklumkan bahawa, selepas ini pihak KSM akan meneliti semula dengan lebih terperinci berkenaan tatacara dan mekanisme yang sesuai dan tepat untuk RUU tersebut dikaji semula di Dewan Rakyat.

#SolidaritiPekerja

#kesatuansekerjamalaysia

#pekerjamalaysia

#MalaysianWorkers