SESI PENERANGAN AKTA KERJA 1955(PINDAAN) 2022 & RUU AKTA KESATUAN SEKERJA (PINDAAN) 2022

 

SESI PENERANGAN AKTA KERJA 1955(PINDAAN) 2022 & RUU AKTA KESATUAN SEKERJA (PINDAAN) 2022

 

 

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Industri Minuman Semenanjung Malaysia (NUDIW) melalui Setiausaha Agungnya, Saudara S. Nadarajan telah menjemput wakil SPCAAM iaitu, Sdra Zul Thye, Pengarah Perlindungan Sosial SPCAAM untuk memberikan penerangan berkenaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dan juga RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022 kepada 21 pegawai kesatuan NUDIW.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Saudara Roslan bin Yaa’kop, Presiden NUDIW dan beberapa pegawai utama NUDIW. 
Sdra Zul Thye yang mewakili SPCAAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada NUDIW atas jemputan ini kerana memberi ruang untuk memperkenalkan SPCAAM dengan lebih dekat lagi kepada ahli kesatuan NUDIW yang hadir pada hari ini. Matlamat SPCAAM ditubuhkan dan peranan SPCAAM dalam membantu warga pekerja di Malaysia turut diperjelaskan kepada semua yang hadir.

Sdra Zul Thye telah membentangkan apakah objektif utama pindaan Akta Kerja ini dilakukan dan penerangan intipati utama pindaan tersebut. Semua peserta memberikan tumpuan dan fokus yang baik sepanjang sesi penerangan diadakan kerana ianya melibatkan faedah asas pekerja seperti pindaan berkenaan Waktu Kerja, Cuti Paterniti, Cuti Bersalin, Cuti Sakit dan beberapa pindaan penting yang lain. 

Sesi kedua penerangan pula melibatkan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022. Semua peserta telah dimaklumkan tentang implikasi dan kesan negatif sekiranya RUU ini dilaksanakan. Di antaranya adalah mewujudkan kepelbagaian kesatuan sekerja di satu tempat kerja dan juga kuasa lebar luas Ketua Perngarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Perjuangan Coalition Against Multiplicity of Unions (CAMU) juga diperjelaskan kerana NUDIW adalah juga diantara 39 Kesatuan Sekerja yang merupakan gabungan CAMU.
Semoga penerangan pada hari ini akan memberikan kefahaman  yang lebih jelas kepada semua pegawai Kesatuan Sekerja NUDIW.