Dua pengkhianatan terbesar dalam RUU Pekerja Gig 2025 yang ingin kami ketengahkan dalam bahagian ini ialah:”

 

Dua pengkhianatan terbesar dalam RUU Pekerja Gig 2025 yang ingin kami ketengahkan dalam bahagian ini ialah:”

 

 

1. Merampas hak 1.2 juta pekerja muda Malaysia untuk membentuk atau menyertai kesatuan sekerja, dan

2. Menafikan hak mereka untuk berunding secara kolektif.

Inilah dua tonggak asas keadilan pekerja yang dijamin oleh Konvensyen ILO No. 98, yang Malaysia sendiri telah ratifikasi sejak 1961.

Namun, KESUMA terus mengkhianati janji ini sehingga dikecam sekali lagi oleh Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) pada Jun 2025, yang kini mengarahkan Malaysia menerima misi teknikal ILO.

Malangnya, tak sempat 3 bulan Menteri KESUMA tanpa segan silu mengelirukan Parlimen dengan mendakwa Rang Undang-Undang ini kononnya selaras dengan piawaian buruh antarabangsa.

Hakikatnya, penafian hak ini bukan sahaja menindas 1.2 juta pekerja muda, tetapi juga mempermalukan negara di mata dunia.

Kerajaan Madani tidak boleh sekadar bersandiwara di sebalik slogan Merdeka — Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.

PMX mesti sedar akan manipulasi Menteri Kabinetnya dan menasihatinya segera, kerana cita-cita Menteri muda tanpa kebijaksanaan dan keteguran akan meruntuhkan maruah jawatan dan menghancurkan kredibiliti kerajaan sendiri.

#HakPekerja

#KhianatPekerjaMuda #RUUPekerjaGig2025 #MalaysiaDikecamILO