AKAUN 3 KWSP DILAKSANAKAN KERAJAAN HASIL LOBI KOMUNITI PERNIAGAAN - SPCAAM

 

AKAUN 3 KWSP DILAKSANAKAN KERAJAAN HASIL LOBI KOMUNITI PERNIAGAAN - SPCAAM

 

 

AKAUN 3 KWSP DILAKSANAKAN KERAJAAN HASIL LOBI KOMUNITI PERNIAGAAN - SPCAAM

Kuala Lumpur - 17 Mei 2024 - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menyindir pengenalan Akaun 3 KWSP yang didakwanya dilaksanakan Kerajaan disebabkan lobi komuniti perniagaan.

"SPCAAM ingin mengucapkan tahniah kepada komuniti perniagaan atas kejayaan memperkenalkan Akuan 3 KWSP pada 11 Mei 2024 yang lalu"

"Komuniti perniagaan kelihatan seolah-olah telah berjaya melobi kerajaan untuk memperkenalkan satu bentuk ekonomi trickle up atau :ekonomi yang bercambah". Ini akan membolehkan perniagaan mendapat manfaat daripada simpanan pesaraan komuniti B40 dan M40," kata Presidennya, J Solomon.

Menurutnya, laoran barisan panjang di pejabat KWSP diseluruh negara pada hari pertama pengenalan Akaun 3 menunjukkan sambutan luar biasa untuk skim tersebut.

"Kita pasti bahawa komuniti perniagaan akan gembira melihat barisan panjang pekerja B40 untuk mengeluarkan RM50 atau RM100 daripada simpanan hari tua mereka, semata-mata untuk membayar bil perubatan anak yang sakit atau pulang ke kampung halaman mereka untuk sambutan perayaan,"ujarnya.

Jika hanya separuh daripada 16 juta pekerja negara mengeluarkan RM50 daripada Akaun 3 mereka setiap bulan, simpanan hari tua mereka sahaja mampu menyuntik tambahan RM400 juta sebulan ke dalam ekonomi negara.

"Kita pasti tambahan RM4.8 bilion setahun sudah memadai untuk menunjukkan keuntungan walaupun dalam keadaan ekonomi lembab ini"

"Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas "kepintaran" komuniti perniagaan dalam membantu kerajaan melahirkan skim "bijak" sedemikian"

"Jika tindakan mereka hari ini akan menyebabkan lebih ramai orang hidup merempat pada usia tua pada masa hadapan , ia bukan perkara penting yang perlu diambil perhatian"

"Yang penting ialah ekonomi dikembangkan hari ini, supaya semua perniagaan di Malaysia dapat menunjukkan keunutngan pada tahun ini, Syabas!", kata J Solomon

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#pekerja

#solidarity

#pekerjakilang

Source :https://www.facebook.com/share/p/Nby2TUno4HtSrrbK/?mibextid=qi2Omg