16.5.2024 Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

 

16.5.2024 Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

 

 

16.5.2024 Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

SPCAAM MEMBANTU PEKERJA DALAM TUNTUTAN GAJI YANG DIPOTONG MAJIKAN

Ibupejabat SPCAAM hari ini telah dihadiri oleh seorang pekerja yang bekerja di salah sebuah syarikat media percetakan di Kuala Lumpur. Aduan beliau telah diterima oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM.

Beliau yang telah berkhidmat selama 11 tahun dengan syarikat tersebut telah dipotong gajinya tanpa sebab yang munasabah. Setelah penjelasan diberikan kepada beliau berdasarkan Seksyen 24 Akta Kerja 1955 berkenaan pemotongan gaji yang sah, Sdra Zul Thye telah menasihatkan beliau untuk membuat tuntutan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja.

Borang aduan dari JTK telah diserahkan kepada beliau untuk meneruskan tuntutannya. Beliau amat berterima kasih kepada SPCAAM kerana membantunya. Kehadiran beliau ke pejabat SPCAAM adalah atas rekomendasi dari rakan nya yang pernah mendapatkan perkhdimatan daripada SPCAAM.

Beliau terus mengisi borang menjadi ahli bersekutu SPCAAM pada hari ini. JOM!! Jadilah ahli SPCAAM hari ini dengan hanya bayaran RM10.00 sebagai yuran masuk dan hanya RM1.00/setahun sebagai yuran tahunan.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA