15.5.2024 Ibupejabat SPCAAM

 

15.5.2024 Ibupejabat SPCAAM

 

 

15.5.2024 Ibupejabat SPCAAM

KHIDMAT NASIHAT KEPADA PEKERJA PENGAWAL KESELAMATAN

Seorang Pengawal Keselamatan yang berkhidmat dengan menjaga keselamatan di salah sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields telah datang ke ibupejabat SPCAAM untuk mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan berkenaan bayaran kerja lebih masa, waktu kerja dan cuti rehat.

Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah menerangkan peranan dan fungsi SPCAAM dalam memainkan peranan sebagai pemudahcara untuk membantu masyarakat umum khususnya warga pekerja di dalam bab perlindungan sosial.

Semua pertanyaan beliau telah diterangkan oleh Sdra Zul Thye dan setakat apa yang dimaklumkan, tiada salah laku yang dilakukan oleh pihak majikan. Beliau berpuas hati dengan penerangan yang diberikan.

Beliau tertarik dengan peranan SPCAAM dalam membantu masyarakat dan pekerja di Malaysia. Borang dan flyers SPCAAM telah diserahkan kepadanya. Borang tersebut telah di isi kan olehnya untuk terus menjadi Ahli Bersekutu SPCAAM.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA.