13.5.2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

13.5.2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

13.5.2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

KHIDMAT NASIHAT SPCAAM KEPADA PEKERJA DITERUSKAN.

Ibupejabat SPCAAM pada hari ini telah dihadiri oleh 2 orang pekerja dari Kuala Lumpur yang berkhidmat di sektor perkhidmatan.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM. Tujuan mereka hadir adalah kerana ingin meminta nasihat dan tindakan seterusnya dalam tuntutan penamatan perkhidmatan akibat masalah kesihatan.

Sdra Zul Thye telah menerangkan berkenaan Peraturan Peraturan Kerja (Faedah Faedah Penamatan & Rentikerja Sentara 1980) dan hak hak mereka sepertimana di dalam Akta Kerja 1955. Surat perlantikan jawatan pekerja juga telah dirujuk dan dibincangkan bersama.

Disamping memberikan penerangan kepada mereka, Borang Keahlian menjadi Ahli Bersekutu SPCAAM telah diserahkan kepada mereka untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM.