SPCAAM MEMBANTU AHLINYA DALAM TUNTUTAN TUNTUTAN TUNGGAKAN GAJI DAN KERJA LEBIH MASA

 

SPCAAM MEMBANTU AHLINYA DALAM TUNTUTAN TUNTUTAN TUNGGAKAN GAJI DAN KERJA LEBIH MASA

 

 

 

SPCAAM MEMBANTU AHLINYA DALAM TUNTUTAN TUNTUTAN TUNGGAKAN GAJI DAN KERJA LEBIH MASA

22 April 2024-Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

Seorang ahli SPCAAM yang berkhidmat di sektor perkhidmatan telah hadir ke pejabat SPCAAM pagi tadi. Beliau telah dibantu oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM untuk memfailkan kes di pejabat JTK Kuala Lumpur.

Semakan dokumen berkenaan tuntutan gaji tertunggak dan bayaran kerja lebih masa yang tidak dibayar majikan telah dilakukan semasa pertemuan pagi ini. Ahli tersebut telah pergi ke pejabat JTK KL selepas itu.

Satu surat Lampiran 1 JTKSM (A) 06/01 iaitu Kes Saman Ketua Pengarah Tenaga Kerja telah dikeluarkan kepada majikan oleh pejabat JTK KL tadi. Rundingan damai di antara pengadu iaitu ahli SPCAAM sendiri dengan majikan akan diadakan nanti di pejabat JTK KL.

SPCAAM akan terus memantau dan membantu ahlinya ini dalam memastikan keadilan dan perlindungan sosial yang sewajarnya di capai.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA.