SPCAAM MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT KEPADA PEKERJA YANG DITAMATKAN PERKHIDMATAN TANPA NOTIS

 

SPCAAM MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT KEPADA PEKERJA YANG DITAMATKAN PERKHIDMATAN TANPA NOTIS

 

 

SPCAAM MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT KEPADA PEKERJA YANG DITAMATKAN PERKHIDMATAN TANPA NOTIS

15 April 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur.

Seorang pekerja yang berkhidmat sebagai seorang Kerani di bahagian pentadbiran sebuah syarikat perkhidmatan telah hadir ke ibupejabat SPCAAM untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Beliau yang telah bekerja selama 6 tahun di syarikat tersebut kerana penutupan operasi syarikat tersebut. Malangnya, beliau tidak diberikan faedah penamatan kerja dan juga ganti rugi notis perkhidmatan sepertimana yang dimaktubkan di dalam Akta Kerja 1955.

SPCAAM yang memainkan peranan sebagai pemudahcara di dalam masalah berkaitan pekerjaan telah memberikan khidmat nasihat dan cadangan tindakan. Nasihat tersebut telah disampaikan oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM.

Borang keahlian SPCAAM untuk beliau menjadi ahli bersekutu SPCAAM telah diserahkan kepadanya. Nasihat seterusnya adalah menasihatinya membuat laporan kepada pejabat Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur untuk menuntut keadilan bagi dirinya. SPCAAM akan terus memberikan bantuan khidmat nasihat seterusnya dalam memastikan tuntutannya berjaya.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA