4 April 2024 ll Pejabat JPP Selangor

 

4 April 2024 ll Pejabat JPP Selangor

 

 

4 April 2024 ll Pejabat JPP Selangor

SPCAAM MEMBELA NASIB AHLINYA DALAM RUNDINGAN DAMAI REPRESENTASI PEMULIHAN KERJA DI JPP SELANGOR

SPCAAM yang diwakili oleh Saudara Zul Thye dari Unit Komunikasi SPCAAM telah mewakili seorang lagi ahli SPCAAM dalam rundingan damai di JPP Selangor hari ini.

Ahli tersebut yang bekerja di bahagian pentadbiran dalam sektor penjualan automobil telah ditamatkan perkhidmatan atas tuduhan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Beliau telah memfailkan kes di JPP Selangor untuk pemulihan kerja setelah ditamatkan perkhidmatan.

Di SPCAAM, kami membantu semua pekerja pekerja di Malaysia termasuklah pekerja migran yang memerlukan khidmat nasihat dalam apa apa masalah berkaitan pekerjaannya. SPCAAM juga akan mewakili ahlinya dalam mana mana rundingan damai di JPP sekiranya diperlukan.

Majikan akan memberikan maklumbalas dalam tempoh 2 minggu berkenaan pemulihan kerja yang dituntut oleh pekerja tersebut.