4 April 2024 – Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur

 

4 April 2024 – Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur

 

 

4 April 2024 – Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur

SPCAAM MEWAKILI AHLINYA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI PEJABAT JPP KUALA LUMPUR

Saudara Zul Thye dari Unit Komunikasi SPCAAM telah mewakili salah seorang ahli SPCAAM di dalam Rundingan Damai di pejabat JPP Kuala Lumpur hari ini. Ahli SPCAAM tersebut yang bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran di salah sebuah organisasi dalam sektor perkhidmatan.

Di dalam sesi Rundingan Damai tersebut, Majikan telah memaklumkan bahawa, penamatan kerja berlaku atas sebab perayu tidak mempunyai prestasi kerja yang bagus dan telah cuba menipu majikan dengan tidak membuka akaun bank peribadinya atas urusan pembayaran gaji bulanan.

Dalam penghujahan balas terhadap majikan, Saudara Zul Thye telah memberikan penekanan bahawa beban bukti terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap Perayu adalah terlalu lemah untuk mengatakan prestasi pekerja tidak memuaskan. Dan, pekerja sebenarnya mengalami kelewatan untuk membuka akaun bank peribadi atas sebab-sebab yang munasabah tetapi tidak diterima pihak Majikan.

Wakil pihak Majikan tidak mendapat mandat daripada pengurusan tertinggi untuk membuat apa-apa keputusan setelah pihak pekerja membuat tuntutan pemulihan kerja pada hari ini. Satu tawaran penyelesaian yang lain iaitu bayaran pampasan telah dikemukakan sekiranya pemulihan kerja tidak berjaya.

Pihak JPP telah memberikan masa 2 minggu untuk pihak Majikan memberikan maklumbalas terhadap cadangan penyelesaian daripada pihak SPCAAM dalam mewakili ahlinya ini.