HAK PEKERJA & PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA TERUS DIBELA

 

HAK PEKERJA & PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA TERUS DIBELA

 

 

2 April 2024 II Pejabat JPP Melaka

HAK PEKERJA & PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA TERUS DIBELA

SPCAAM yang diwakili oleh Saudara Zul Thye dari Unit Komunukasi SPCAAM telah mewakili seorang pekerja yang juga merupakan ahli SPCAAM dalam 2 rundingan damai di JPP Melaka.

Dalam Rundingan Damai ke 2 di JPP Melaka, satu penyelesaian telah berjaya dicapai di antara pihak pekerja dan juga majikan. Majikan telah bersetuju membayar dan Pekerja bersetuju menerima suatu nilai bayaran pampasan kerana kehilangan pekerjaan (compensation for loss of employment).

Kedua dua pihak juga bersetuju untuk tidak membuat apa-apa tuntutan antara satu sama lain yang berkaitan dengan representasi Pekerja.

Representasi ini disifatkan selesai hanya setelah kesemua terma yang telah ditandatangani di di dalam Memorandum Persetujuan dilaksanakan sepenuhnya.

SPCAAM mengucapkan selamat maju jaya kepada pekerja tersebut di dalam bidang baru yang diceburinya selepas ini.