26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur 1045hrs

 

26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur 1045hrs

 

 

26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur 1045hrs

JOM!! JADI AHLI SPCAAM HARI INI.

Saudara Afiq Hakimi adalah salah seorang ahli SPCAAM yang telah menjadi ahli SPCAAM sejak tahun lepas lagi. Beliau yang pada mulanya tidak memahami Undang Undang Pekerjaan dan pernah diperdayakan Majikan berkenaan pengiraan bayaran kerja lebih masa yang tidak mengikut Akta Kerja 1955.

Setelah diberikan penerangan tentang hak seorang pekerja dan perlindungan sosial, kini beliau lebih yakin dengan hak beliau di tempat kerja. Bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri di tempat kerja, malah pengetahuan dan pengalaman beliau tidak disia siakan. Beliau telah berkongsi dengan rakan sejawatannya di tempat kerja. Ini adalah usaha murni beliau untuk mempromosikan hak pekerja dan sekaligus mempromosikan peranan SPCAAM dalam membantu pekerja.

Hari ini, beliau telah hadir sendiri ke pejabat SPCAAM untuk menyerahkan borang keahlian rakannya untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM kepada Pengarah Komunikasi SPCAAM, Sdra Zul Thye. SPCAAM ucapkan terima kasih kepada usaha Sdra Afiq Hakimi.

ANDA INGIN MENJADI AHLI SPCAAM DEMI PERLINDUNGAN SOSIAL YANG WAJAR?

Sila lawati laman web rasmi SPCAAM di https://spcaam.org/ untuk maklumat lanjut.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA