26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur 1045hrs

 

26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur 1045hrs

 

 

26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur 1045hrs

SPCAAM MEMBANTU PEKERJA DALAM TUNTUTAN BAYARAN KERJA LEBIH MASA SEMASA CUTI UMUM YANG TIDAK DIBAYAR MAJIKAN

Seorang pekerja dari sektor perkhidmatan telah hadir ke ibupejabat SPCAAM pagi ini dengan ditemani oleh ahli SPCAAM yang bekerja di syarikat yang sama. Kehadiran beliau ke pejabat SPCAAM telah disambut baik oleh Saudara Zul Thye selaku Pengarah Komunikasi SPCAAM. Pekerja tersebut telah menghadapi masalah pembayaran kerja lebih masa yang dijalankan semasa cuti umum tidak dibayar oleh pihak majikan.

Pekerja tersebut telah hadir bersama beberapa dokumen yang boleh dijadikan bahan bukti yang kukuh di mana kerja yang sudah dijalankan semasa cuti umum tidak dibayar majikan. Semua dokumen seperti slip gaji dan rekod kehadiran kerja adalah penting untuk menguatkan aduan bagi memudahkan tuntutan bayaran dibuat ke pejabat Jabatan Tenaga Kerja nanti.

Setelah mendengar penerangan tentang fungsi dan peranan SPCAAM dalam membantu golongan pekerja, pekerja tersebut tanpa berlengah lagi terus mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM. Semoga urusan tuntutan bayaran kerja lebih masa beliau akan dipermudahkan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja nanti.

ANDA INGIN MENJADI AHLI SPCAAM DEMI PERLINDUNGAN SOSIAL YANG WAJAR?

Sila lawati laman web rasmi SPCAAM di https://spcaam.org/ untuk maklumat lanjut.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA