26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur - 0900hrs

 

26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur - 0900hrs

 

 

26 Mac 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur - 0900hrs

MEMBANTU AHLI SPCAAM DALAM REPRESENTASI PEMULIHAN KERJA DI BAWAH SEKSYEN 20, AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN.

Seorang ahli SPCAAM yang telah ditamatkan perkhidmatan telah hadir ke ibupejabat SPCAAM untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan. Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memberikan nasihat dan bantuan yang diperlukan bagi persedian menghadapi sesi Rundingan Damai yang akan diadakan di pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada minggu hadapan.

Adalah menjadi tanggungjawab dan komitmen SPCAAM dalam memastikan perlindungan sosial yang sewajarnya diberikan kepada semua pekerja secara amnya dan ahli SPCAAM sendiri secara khususnya. Di dalam pertemuan di pejabat SPCAAM hari ini. Saudara Zul Thye telah membantu ahli tersebut dalam penyedian dokumen-dokumen seperti Borang K, Borang P002 & P003 disediakan dengan betul. Penyedian Pernyataan Kes atau Statement of Case yang terperinci juga turut disediakan bagi memudahkan proses rundingan damai dijalankan nanti.

SPCAAM adalah sebuah organisasi yang bukan berasaskan kepada keuntungan, memperjuangkan promosi dan pembelaan hak pekerja untuk perlindungan sosial, suatu dasar hak asasi manusia. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan risiko sosial dan kerentanan ekonomi, mengurangkan kemiskinan dan menjaga kesejahteraan pekerja.

Sila lawati laman web rasmi SPCAAM di https://spcaam.org/ untuk maklumat lanjut.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA