25 MAC 2024 - JPP MELAKA

 

25 MAC 2024 - JPP MELAKA

 

 

25 MAC 2024 - JPP MELAKA

SPCAAM MEWAKILI PEKERJA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP MELAKA

Saudara Zul Thye dari Unit Komunikasi SPCAAM telah mewakili seorang pekerja yang juga merupakan ahli SPCAAM di dalam sesi Rundingan Damai yang dijalankan di pejabat JPP Melaka.

Wakil majikan yang hadir adalah Pengurus Sumber Manusia dan Eksekutif Sumber Manusia mereka. Kes dikendalikan oleh Puan Samsida, Penolong Pengarah JPP Melaka.

Majikan telah menamatkan perkhidmatan pekerja secara tidak adil kerana kononnya pekerja telah ingkar arahan. Pekerja yang bekerja sebagai Penolong Pengurus Jualan telah diarahkan berpindah lokasi kerja dari Melaka ke Sabah tanpa alasan yang munasabah dan berniat tidak baik terhadap pekerja.

Walaupun pekerja telah memberikan hujah dan sebab kenapa beliau tidak mahu berpindah, majikan masih memaksa dan berikan arahan keras dan muktamad untuk berpindah.

Saudara Zul Thye telah memberikan hujah bahawa, selama 8 tahun Perayu bekerja, sudah 5 kali Perayu akur untuk bertukar lokasi kerja dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Dan, di dalam surat tawaran kerja yang terdapat 25 fasal, tidak ada satu pun yang ada tercatit berkenaan arahan pertukaran lokasi dan jabatan kerja yang lain.

Majikan tetap dengan keputusan yang tidak adil mereka untuk tidak mahu memulihkan kerja Perayu. Tuntutan Perayu adalah bayaran "in-lieu of reinstatement" dengan satu jumlah yang relevan apabila majikan tidak mahu memulihkan kerjanya.

Wakil Majikan memerlukan masa selama 10 hari untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak tertinggi pengurusan. Rundingan damai seterusnya akan dimaklumkan kemudian.