18 Mac 2024 – SPCAAM hadir dalam

 

18 Mac 2024 – SPCAAM hadir dalam

 

 

18 Mac 2024 – SPCAAM hadir dalam Sesi Townhall Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

SPCAAM yang diwakili oleh Saudara S. Nadarajan, Timbalan Presiden SPCAAM, Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi, bersama beberapa ahli jawatankuasakerja SPCAAM telah menghadiri satu sesi townhall yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melibatkan penyertaan pakar/ individu atau kumpulan daripada kalangan pegawai awam dan bukan pegawai awam termasuk daripada organisasi antarabangsa, universiti, wakil kesatuan pelajar, persatuan majikan dan pekerja, Civil Society Organisation, pempengaruh (influencers) dan penggiat industri.

Sesi Townhall yang dihadiri oleh hampir 1000 peserta ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumbalas dari segi isu, cabaran semasa dan masa hadapan, penambahan dasar dan mengenal pasti bidang yang memerlukan perhatian lanjut untuk membangunkan Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia 2024-2030.

Menteri Sumber Manusia YB Encik Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad, Ketua Setiausaha KESUMA, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan pengurusan tertinggi Kementerian menghadiri sesi townhall untuk menerima pandangan semua pihak diambilkira dalam merangka Dasar Sumber Manusia Negara ini.

Di dalam sesi mengemukakan soalan, Saudara Zul Thye telah memaklumkan kepada YB Menteri Sumber Manusia bersama ahli panel yang lain dalam keperluan untuk mengadakan sesi libat urus yang lebih meluas. Bukan sahaja di peringkat sebelum sesuatu pindaan Akta Perburuhan dilakukan malah selepas sesuatu akta tersebut diluluskan dan diwartakan. Sesi libat urus ini penting dalam memastikan tiada implikasi dan kesan negatif akan berlaku terhadap golongan pekerja mahupun anggota kesatuan sekerja. Perbincangan dengan semua pemegang taruh amat penting dalam kita sama-sama membina tenaga kerja dalam menerajui pembangunan modal insan yang menjadi nadi pertumbuhan ekonomi negara.

Cadangan kedua yang disampaikan adalah berkenaan memberikan penerangan dan kefahaman yang lebih meluas kepada semua masyarakat umum khususnya golongan pekerja di Malaysia. Cadangan tersebut adalah menggunakan siaran media televisyen utama negara dalam menyampaikan maklumat dan informasi tepat sebagai suatu pembelajaran berkenaan Akta Perburuhan Negara, Perlindungan Sosial dan juga Hak Pekerja.

Turut memberikan pandangan di dalam sesi Townhall tersebut adalah Saudara Michael Tan, Presiden NUBE yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja SPCAAM. Beliau telah memberikan cadangan kepada KESUMA untuk menyalurkan informasi yang menyeluruh berkenaan sesi Townhall ini kepada semua peserta terlebih dahulu sebelum semua peserta hadir dalam sesi tersebut. Ini penting untuk peserta memahami tujuan sesi ini diadakan dan dapat menyediakan beberapa soalan yang relevan untuk di kemukakan semasa sesi dijalankan.

Saudara Rudy Rusly yang juga merupakan ahli bersekutu SPCAAM juga telah menyuarakan pandangan berkenaan pindaan akta perburuhan yang wajib mementingkan perpaduan dan kesejahteraan golongan pekerja mahupun ahli-ahli Kesatuan Sekerja di Malaysia. Penjelasan ringkas tentang perkara ini telah disampaikan kepada YB Menteri.

SPCAAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada KESUMA kerana jemputan ini.

Aspirasi Madani Terus Berkembang

Merangka kerja mampan dan komprehensif

Langkah KESUMA terus Cemerlang

Melahirkan tenaga kerja yang kompetitif