12 Mac 2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

12 Mac 2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

12 Mac 2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

KHIDMAT NASIHAT KEPADA AHLI SPCAAM BERKENAAN MASALAH PEKERJAAN.

Seorang ahli SPCAAM yang bertugas di sektor perkhimatan di Kuala Lumpur telah hadir ke ibupejabat SPCAAM pada hari ini untuk bertemu dengan Sdra Zul Thye dari unit Komunikasi SPCAAM.

Beliau telah menyuarakan kepada Sdra Zul Thye tentang arahan terkini daripada pihak Majikan untuk menukarkan status pekerjaan nya dari seorang pekerja tetap kepada status freelancer. Ini adalah suatu tindakan yang tidak mematuhi syarat pekerjaan yang asal dan juga telah melanggar Akta Kerja 1955.

Dalam perbincangan ini, Sdra Zul Thye telah memberikan nasihat kepada ahli tersebut untuk tindakan selanjutnya dalam mengatasi perkara ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan selepas ini.

Anda dianiaya dan ditipu majikan? Anda dibuang kerja tanpa sebab? Jom, jadilah ahli SPCAAM hari ini untuk mendapatkan perlindungan sosial yang wajar. Lawati laman web kami di https://spcaam.org/