SPCAAM MEWAKILI AHLINYA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP MELAKA

 

SPCAAM MEWAKILI AHLINYA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP MELAKA

 

 

11 Mac 2024 JPP Melaka

SPCAAM MEWAKILI AHLINYA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP MELAKA

Saudara Zul Thye, dari unit Komunikasi SPCAAM telah mewakili seorang ahli SPCAAM yang berasal dari Melaka. Beliau yang bekerja di salah sebuah kilang pembuatan di Melaka Tengah ditamatkan perkhidmatan secara tidak adil setelah berkhIdmat hampir 4 tahun.

Di dalam Rundingan Damai pada hari ini, Sdra Zul Thye telah mempertikaikan banyak tindakan Majikan yang tidak adil terhadap beliau. Siasatan Dalaman yang dijalankan juga tidak memberikan keadilan yang sewajarnya dan majikan langsung tidak memberikan peluang kepada pekerja untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Pihak Majikan memohon untuk diberikan tempoh masa selama 10 hari untuk memberikan kata putus dalam memulihkan pekerjaan pekerja.

Pastinya , pekerja juga ada memohon bayaran ex gratia sebagai ganti untuk tidak dipulihkan pekerjaannya.