10 Mac 2024 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah,Perak

 

10 Mac 2024 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah,Perak

 

 

10 Mac 2024 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah,Perak

SPCAAM DIJEMPUT DALAM MESYUARAT AGUNG ANJURAN NUDIW

Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah dijemput oleh National Union Drink Industry Workers (NUDIW) di dalam sesi Mesyuarat Agung Sesi Nihon Canpack (M) Sdn Bhd di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.

Di antara pembentangan yang disampaikan adalah berkenaan fungsi dan peranan SPCAAM dalam membantu masyarakat umum khususnya golongan pekerja di dalam perkara berkaitan perlindungan sosial. Penerangan berkenaan Akta Kerja (Pindaan) 2022 & Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 turut disampaikan untuk kefahaman semua yang hadir.

Ucapan tahniah dan syabas kepada keseluruhan pimpinan NUDIW yang sentiasa berusaha mempertingkatkan kepentingan pendidikan ilmu perundangan perburuhan untuk semua ahlinya.

SPCAAM mengucapkan terima kasih kepada NUDIW atas jemputan ini. Semoga urusan mesyuarat agung NUDIW akan berjalan dengan lancar dan berjaya.