3 Mac 2024 – NUBE House, Kuala Lumpur

 

3 Mac 2024 – NUBE House, Kuala Lumpur

 

 

3 Mac 2024 – NUBE House, Kuala Lumpur

SPCAAM DIJEMPUT DALAM MESYUARAT AGUNG NUDIW CAWANGAN SEL & WP TIGA TAHUNAN YANG KE-11 BAGI TAHUN 2024-2027

Saudara J Solomon, Presiden SPCAAM telah diberikan penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat Agung NUDIW. Sebelum itu, Saudara S Nadarajan, Setiausaha Agung NUDIW telah memberikan ucapan pembukaan dan mengalu-alukan kehadiran semua hali NUDIW.

Di dalam ucapan Saudara J Solomon, semua ahli NUDIW telah diingatkan untuk meningkatkan lagi perpaduan dikalangan semua ahli. Ini adalah penting dalam menghadapi situasi dan cabaran akan datang apabila pindaan Akta Kesatuan Sekerja dikuatkuasakan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir pada hari ini untuk sama-sama menjayakan mesyuarat agung ini. Seterusnya, Saudara J Solomon merasmikan mesyuarat agung ini dan semoga mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

Saudara Zul Thye selaku Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memberikan penerangan kepada semua yang hadir. Di antara pembentangan yang disampaikan adalah peranan dan fungsi SPCAAM, pindaan Akta Kerja 1955 dan juga Akta Kesatuan Sekerja 1959. Beberapa intipati penting di dalam pindaan bagi setiap Akta telah diterangkan dengan mendalam agar semua yang hadir faham tentang pindaan yang dilakukan.

NUDIW meneruskan mesyuarat agung mereka selepas pembentangan dari Saudara Zul Thye. Pihak SPCAAM mengucapkan selamat maju jaya kepada NUDIW dan semoga mesyuarat yang dijalankan berjalan lancar.