2 Mac 2024 – Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

 

2 Mac 2024 – Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

 

 

2 Mac 2024 – Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

SPCAAM DIJEMPUT DALAM SEMINAR PERHUBUNGAN PERUSAHAAN ANJURAN KESATUAN PEKERJA PEKERJA PERUSAHAAN SIMEN (S.M)

SPCAAM telah dijemput untuk menjayakan program seminar yang dianjurkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen (SM) atau Cement Industry Employee’s Union (CIEU) di Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Saudara Thamotharan, selaku Setiausaha Agung CIEU telah memulakan ucapan alu-aluan kepada semua ahli exco yang hadir pada hari ini.

Pembentangan pertama telah disampaikan oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM yang menyampaikan penerangan berkenaan peranan dan fungsi SPCAAM dalam meningkatkan kesedaran di kalangan ahli-ahli kesatuan mengenai SPCAAM dan matlamatnya. Di antara penerangan lain adalah berkaitan dengan kepentingan Perjanjian Bersama yang telah disampaikan oleh Tuan Marzuki, Penasihat Perundangan Buruh SPCAAM.

Saudara J Solomon selaku Presiden SPCAAM turut memberikan penerangan berkenaan kepentingan untuk menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang berkesan. Sebagai seorang pemimpin kesatuan yang juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung NUBE, Sdra J Solomon banyak berkongsi pelbagai pengalaman beliau. Ciri-ciri kepimpinan yang efektif, bertanggungjawab dan komitmen yang tinggi sebagai pemimpin dikalangan semua ahli telah diterangkan dengan baik.

Pembentangan seterusnya adalah berkenaan pindaan di dalam Akta Kesatuan Sekerja telah disampaikan oleh Saudara Zul Thye. Penerangan tentang implikasi dan kesan negatif yang akan berlaku sekiranya pindaan ini dikuatkuasakan cukup merisaukan semua pegawai kesatuan CIEU yang hadir. Terutamanya berkaitan dengan pindaan yang akan mewujudkan kepelbagaian kesatuan sekerja dan juga kuasa lebar luas Ketua Pengarah.

Program ini berjalan dengan baik sekali dengan interaktif yang cukup padu daripada semua peserta. Sesi soal jawab dijalankan dengan maklumbalas yang terperinci daripada semua penyampai demi memastikan semua yang hadir mendapat ilmu pengetahuan yang jelas dan informatif.

SPCAM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pimpinan exco CIEU atas jemputan ini.