28 Februari 2024  Kementerian Kewangan Putrajaya

 

28 Februari 2024  Kementerian Kewangan Putrajaya

 

 

28 Februari 2024  Kementerian Kewangan Putrajaya

USAHA MENINGKATKAN PERLINDUNGAN SOSIAL OLEH SPCAAM DIPERLUASKAN.

SPCAAM terus meningkatkan usaha dalam membantu masyarakat umum khususnya pembayar cukai kumpulan B40 & M40 yang masih bekerja selepas usia persaraan tidak tertakluk kepada cukai pendapatan.

Satu pertemuan untuk membincangkan cadangan ini telah berjaya diadakan di antara SPCAAM dengan Sektor Dasar Cukai Langsung & Antarabangsa Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Ybrs Puan Siti Norazlina binti Seni, Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai. Turut hadir adalah beberapa pegawai dari jabatan yang sama.

SPCAAM pula diketuai oleh Sdra J Solomon, Presiden SPCAAM, Dr Zouhair Rosli, Pengarah Unit Sosio Ekonomi SPCAAM, Dato Edward Jules, Penasihat Korporat SPCAAM dan Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM.

Sdra J Solomon memulakan perbincangan dengan menerangkan peranan dan fungsi SPCAAM. Matlamat SPCAAM untuk menjadi sebuah persatuan pemudahcara dalam membantu masyarakat umum khususnya golongan pekerja dalam sektor swasta, awam, badan berkanun dan infomal serta pekerja asing dalam mencarum bagi perlindungan dengan agensi-agensi berkaitan telah disampaikan kepada semua yang hadir.

Seterusnya, Dr Zouhair membentangkan secara terperinci apakah cadangan SPCAAM disertakan dengan beberapa data sokongan penting kenapa cadangan SPCAAM ini perlu diambil berat oleh pihak Kementerian Kewangan. Sudah pastinya, salah satu sebab penting adalah mengurangkan beban kepada golongan warga emas yang masih perlu bekerja dari kumpulan B40 & M40 tidak dibebani cukai pendapatan.

Menurut Dr Zouhair lagi, Warga emas yang tidak mempunyai simpanan persaraan yang cukup perlu terus bekerja. Rakyat Malaysia hidup lebih lama, tetapi mereka berisiko hidup dalam kemiskinan semasa persaraan. Cukai pendapatan boleh menghalang warga tua daripada bekerja. Malaysia memerlukan pertumbuhan untuk menyokong populasi yang menua, terutamanya dengan penyertaan pasaran buruh yang lebih rendah.

Perbincangan pada pertemuan ini amat bermakna dan memberikan banyak input yang perlukan kajian yang lebih holistik lagi. Kedua-dua pihak bersetuju untuk sama-sama membuat penambahan kajian dan tinjauan bagi mendapatkan data yang lebih tepat untuk golongan sasar yang sepatutnya menerima faedah tersebut.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#Madanichannel

#PerlindunganSosial

#pekerjakeras

#pekerjakilang

#rakyatbanturakyat