27 FEBRUARI 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

27 FEBRUARI 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

27 FEBRUARI 2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

PENAMATAN KERJA YANG TIDAK ADIL MASIH BERLAKU.

Ibupejabat SPCAAM telah dihadiri oleh seorang pekerja yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah organisasi di Kuala Lumpur pada hari ini. Saudara Zul Thye dari Unit Komunikasi telah dimaklumkan oleh beliau bahawa penamatan kerja yang berlaku adalah sangat tidak adil bagi dirinya.

Beliau ditamatkan perkhidmatan atas sebab tidak mempunyai akaun bank untuk urusan pembayaran gaji bulanannya. Sebelum pentadbiran baru mengambil alih tadbir urus organisasi tersebut, bayaran gaji dibayar adalah melalui pengeluaran cek di atas persetujuan kedau-dua pihak. Apabila pentadbiran baru mengambil alih pimpinan, pekerja tersebut diarahkan membuka akaun banknya sendiri.

Pekerja tersebut sudah berusaha untuk mendapatkan pelepasan kebankrapannya melalui Jabatan Insolvensi dan ini memerlukan sedikit masa. Namun, pihak pengurusan baru organisasi tersebut tidak mahu menerima alasan yang diberikan sekaligus melanggar Seksyen 25A Akta Kerja 1955 iaitu pembayaran gaji selain daripada melalui institusi kewangan yang lain.

SPCAAM menasihatkan pekerja tersebut untuk memfailkan penamatan kerja nya di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur. Pihak SPCAAM akan terus memantau dan mebantu pekerja tersebut di dalam sesi rundingan damai yang akan diadakan. Setelah Saudara Zul Thye memberikan penerangan dan maklum balas tentang permasalahan yang beliau hadapi, beliau terus mengisi borang keahlian SPCAAM untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM.

Sila lawati laman web SPCAAM di www.spcaam.org dan laman facebook SPCAAM untuk semua berita berkenaan SPCAAM. Jangan lupa untuk “LIKE” dan “SHARE”