USAH HALANG KEMAJUAN EKONOMI PEKERJA,SPCAAM INGATKAN MAJIKAN

 

USAH HALANG KEMAJUAN EKONOMI PEKERJA,SPCAAM INGATKAN MAJIKAN

 

 

USAH HALANG KEMAJUAN EKONOMI PEKERJA,SPCAAM INGATKAN MAJIKAN

PANDANGAN: Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman mengatakan cadangan Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) kepada kerajaan untuk mewajibkan semua majikan menawarkan sekurang-kurangnya sebulan gaji sebagai bantuan perayaan, akan mengakibatkan beban besar terhadap perniagaan yang

masih dalam pemulihan selepas pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk William Ng turut senada dengan amaran diberikan Syed Hussain itu apabila mengatakan cadangan berkenaan, jika diterima, akan meletakkan beban kewangan terhadap perniagaan, khususnya melihat kepada margin keuntungan yang berkurangan sejak pandemik.

Namun apakah ada merit dalam dakwaan mereka? Mari kita teliti fakta.

Pada tahun 2022, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai langsung RM175.4 bilion iaitu peningkatan 21.75 peratus berbanding pada 2021. Kutipannya bagi tahun 2023

berkemungkinan lebih tinggi lagi, kerana menurut Timbalan Menteri Kewangan II ketika itu, Steven Sim, menjelang Mei 2023 saja, kutipan cukai sudah hampir 2 peratus lebih tinggi berbanding

tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurut pengarah pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Ranjeet Kaur, cukai korporat menyumbang RM97.94 bilion atau 55 peratus daripada keseluruhan hasil cukai 2022. Beliau turut menyatakan bahawa kumpulan T20 menyumbang 85 peratus atau RM33.68 bilion, daripada cukai pendapatan persendirian yang dikutip pada 2022.

Jika pemilik perniagaan dan syarikat masih dalam proses pemulihan daripada pandemik COVID-19 seperti didakwa Syed Hussain dan Willaim Ng, bagaimanakah LHDN mungkin meraih

kutipan setinggi itu?

Ekonomi Malaysia tumbuh 8.7 peratus pada 2022. Pada 2021 ia berkembang 3.1 peratus dan pada 2023, menurut Jabatan Statistik Malaysia (DoSM), Malaysia berkemungkinan mencapai

pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 4 hingga peratus.

Apapun, pelbagai syarikat Malaysia dengan penuh semangat melabur di Indonesia. Jika diminta kerajaan, perniagaan dan syarikat ini sudah pasti turut melihat pedomannya.

Persoalannya cuma satu, adakah kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berbincang dengan perniagaan dan syarikat sekurang-kurangnya bagi pihak pekerja berpendapatan

rendah?

Bagi pihak jutaan pekerja B40 dan M40, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) ingin merayu Anwar selaku Perdana Menteri supaya bersedia mengadakan perbincangan dengan pemilik perniagaan dan eksekutif tertinggi syarikat, dan minta agar mereka munasabah dan menggunakan pertimbangan sewajarnya dalam menganggarkan nilai sendiri serta nilai pekerja mereka yang berpendapatan rendah.

#BankTakIkhlas

#pekerjabank

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#Madanichannel

#rakyatbanturakyat

#pekerjakeras

#pekerjakilang

Source : https://www.facebook.com/share/p/sGeJ4CJydP7Bzvim/?mibextid=qi2Omg