B40, M40 MAKIN RESAH TEKANAN KOS SARA HIDUP

 

B40, M40 MAKIN RESAH TEKANAN KOS SARA HIDUP

 

 

B40, M40 MAKIN RESAH TEKANAN KOS SARA HIDUP, SPCAAM MAHU BANK NEGARA CAMPUR TANGAN ISU KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN.

KUALA LUMPUR 23 FEBRUARI 2024 – Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mahu Bank Negara Malaysia (BNM) campurtangan dalam soal peningkatan kekayaan dan pendapatan yang didakwa tidak seimbang di tengah tengah tekanan kos sara hidup rakyat semakin memuncak.

Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Antony D’Angelus mendakwa, tahap pendapatan eksekutif kanan syarikat tersenarai awam yang kebanyakkannya milik kerajaan meningkat secara tidak seimbang berbanding pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ukuran prestasi untuk individu ini, yang terikat dengan pakej pampasan mereka sangat berat sebelah dan tidak wajar kerana ini seumpama satu bentuk penipuan yang dilakukan terhadap ekonomi dan rakyat biasa.

“BNM mempunyai bidang kuasa dan kekuaatan untuk campur tangan dan menerusi dasar yang tepat oleh institusi akan dapat memperbetulkan ketidakseimbangan ini”.

“Adalah penting bahawa bank pusat berbuat demikian melibatkan kerjasama dengan Kemenetrian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

UNTUK BACAAN SELANJUTNYA, SILA KLIK KEPADA PAUTAN DI BAWAH

#BankTakIkhlas

#pekerjabank

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#pekerjakeras

#pekerjakilang