SPCAAM GESA CONTOHI INDONESIA BERI BANTUAN PERAYAAN SEBULAN GAJI

 

SPCAAM GESA CONTOHI INDONESIA BERI BANTUAN PERAYAAN SEBULAN GAJI

 

 

SPCAAM GESA CONTOHI INDONESIA BERI BANTUAN PERAYAAN SEBULAN GAJI

Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) J Solomon menyeru Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mencontohi Indonesia dalam menyediakan bantuan perayaan kepada rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Solomon memetik kajian KWSP ("Belanjawanku") yang mendedahkan bahawa individu di Lembah Klang membelanjakan hampir sebulan gaji (lebih daripada 90% daripada gaji bulanan) untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan perayaan tahunan.

“Namun, peningkatan kos sara hidup telah membayangi tradisi ini, terutamanya bagi mereka dalam kurungan pendapatan B40 dan M40.

"Untuk menanganinya, pada 2023, kerajaan Selangor dengan murah hati memberikan sebulan gaji sebagai bantuan perayaan kepada pekerjanya - satu langkah yang disambut baik dan diraikan," kata Solomon’

Tahun lalu Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan fasa pertama berjumlah sebulan gaji atau minimum RM1,000 diagihkan kepada lebih 20,000 penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri.

"Susulan itu, selepas advokasi berterusan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), bank juga memberikan bantuan serupa kepada pekerja mereka pada tahun 2023.

"Bagaimanapun, penarikan balik sokongan ini oleh bank-bank tahun ini, walaupun terdapat perjanjian terdahulu, adalah mengejutkan dan membingungkan," kata Solomon, yang berkhidmat sebagai setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) dari 2016 hingga 2020.

Solomon memetik amalan di Indonesia yang mewajibkan sebulan gaji sebagai bantuan perayaan kepada pekerja.

"Amalan ini telah memberi manfaat terutamanya kepada pekerja berpendapatan rendah, memastikan semangat perayaan itu kekal tidak berkurangan oleh kebimbangan kewangan.

“Banyak syarikat yang beroperasi di sini turut beroperasi di Indonesia termasuk GLC membayar gaji sebulan kepada pekerja di Indonesia.

"Adalah menyedihkan melihat majikan tertentu di Malaysia menarik balik bantuan sedemikian - satu tindakan yang kelihatan menjejaskan faedah asas pekerja dan arahan jelas PMX mengenai kepentingan kebajikan pekerja," kata Solomon.

Dia mendakwa adalah amat tidak adil apabila banyak syarikat berkenaan, termasuk GLC, menikmati keuntungan yang besar dan, sebahagian daripadanya boleh dikongsi sebagai bantuan perayaan.

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#Madanichannel

#rakyatbanturakyat

#pekerjakeras

#pekerjakilang

Source : https://www.facebook.com/share/p/ivQ7ka37Nrfkv6mJ/?mibextid=qi2Omg