15.2.2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

15.2.2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

15.2.2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur
LAWATAN EXCO KESATUAN KAKITANGAN NORTHPORT MALAYSIA BERHAD (NMBSU) KE IBUPEJABAT SPCAAM


SPCAAM pada hari ini telah menerima lawatan kerja daripada exco Kesatuan Kakitangan Northport Malaysia Berhad (NMBSU) yang diketuai oleh Presiden NMBSU iaitu Sdra Jamal Kamarudin bersama exco pentadbiran kesatuan yang lain. Delegasi NMBSU telah disambut baik oleh Presiden SPCAAM iaitu Sdra J Solomon dan juga Sdra Zul Thye dari Unit Komunikasi SPCAAM.
Sdra Zul Thye sempat menerangkan secara ringkas peranan dan fungsi SPCAAM di dalam pertemuan ini sebagai pembuka bicara. Sdra Jamal selaku Presiden NMBSU meneruskan perbincangan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan tadbir urus di dalam NMBSU dan perkongsian berkenaan isu-isu berbangkit dari kesatuan mereka. Sdra J Solomon telah memberikan pandangan dan juga cadangan kepada delegasi tersebut untuk mereka pertimbangkan bagi tindakan selanjutnya oleh kesatuan mereka.
Pertemuan ini amat membuahkan hasilnya apabila kedua-dua pihak saling memberikan idea dan pendapat dalam memastikan kebajikan dan martabat pekerja khususnya ahli-ahli kesatuan dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. 
Adalah menjadi salah satu matlamat SPCAAM untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang mempunyai matlamat yang sama. Di antaranya adalah mempromosikan kesejahteraan ekonomi, sosial dan pendidikan ahli-ahlinya.


PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA DAN MASA DEPAN KIT A.