14.2.2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

14.2.2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

14.2.2024 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

KHIDMAT NASIHAT KEPADA AHLI SPCAAM UNTUK PERTEMUAN DI PEJABAT JABATAN TENAGA KERJA, BANGI

Satu perjumpaan bersama ahli SPCAAM telah diadakan petang ini untuk persedian ke sesi Rundingan Damai yang akan diadakan di pejabat JTK Bangi nanti. Saudara Zul Thye dari Unit Komunikasi SPCAAM telah membantu dengan memberikan nasihat dan tunjuk ajar bagi ahli SPCAAM tersebut.

Ini adalah satu usaha SPCAAM untuk memberikan khidmat nasihat kepada semua ahlinya secara percuma apabila mereka menghadapi apa-apa permasalahan berkaitan dengan pekerjaan mereka. Semua dokumen telah disemak kembali untuk memastikan proses rundingan damai berjalan dengan lancar. Kronologi kejadian semasa ahli ini masih bekerja di syarikat tersebut telah disediakan dengan teratur. Tuntutan ahli SPCAAM ini adalah berkaitan ganti rugi notis, faedah penamatan kerja dan juga baki gaji yang masih tidak dibayar oleh majikan.

SPCAAM akan terus memainkan perananya dalam memastikan perlindungan sosial yang wajar dinikmati oleh semua ahlinya. Jom! Jadilah ahli SPCAAM hari ini. Lawati laman web kami di https://spcaam.org/ sekarang!

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA.