Ibupejabat SPCAAM,Kuala Lumpur

 

Ibupejabat SPCAAM,Kuala Lumpur

 

 

5.2.2024 - Ibupejabat SPCAAM,Kuala Lumpur

KHIDMAT NASIHAT KEPADA AHLI SPCAAM-MENJAWAB SURAT TUNJUK SEBAB

Seorang Ahli SPCAAM dari sektor perkhidmatan telah hadir ke ibupejabat SPCAAM untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau. Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi telah membantu beliau untuk membalas surat tunjuk sebab tersebut.

Pihak majikan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau atas alasan menyalahgunakan peralatan pejabat atas tujuan dan urusan peribadi pekerja tersebut. Pekerja pastinya mempunyai sebab dan penerangan yang selanjutnya bagi membela diri agar tidak diambil tindakan terhadap dirinya.

Surat maklumbalas tunjuk sebab tersebut akan dihantar kepada pihak majikan esok pagi. Semoga segala urusan pekerja ini terus dipermudahkan dan segala penjelasannya dapat diterima oleh pihak Majikan.