23 Januari 2024 – Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor

 

23 Januari 2024 – Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor

 

 

23 Januari 2024 – Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor

SPCAAM MEWAKILI AHLINYA DALAM RUNDINGAN DAMAI DI JPP SELANGOR

Seorang ahli SPCAAM yang telah memfailkan kes penamatan perkhidmatannya di JPP Selangor telah diwakili oleh Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM di dalam sesi Rundingan Damai pada hari ini. Beliau telah hadir ke pejabat SPCAAM sebelum ini untuk mengadu berkenaan penamatan perkhidmatannya. Setelah menerima nasihat dan panduan daripada SPCAAM, proses Rundingan Damai telah berjaya diadakan dan diselesaikan di dalam rundingan tersebut.

Pihak pekerja dan juga pihak majikan telah bersetuju untuk mencapai persetujuan dalam menyelesaikan pertikaian ini di peringkat jabatan dan tidak diteruskan di peringkat yang seterusnya. Sdra Zul Thye yang mewakili pekerja tersebut telah memberikan penghujahan lanjut untuk memastikan penyelesaian dapat dicapai di peringkat jabatan.

Satu memorandum persetujuan telah berjaya ditandatangani di akhir sesi perbincangan pada hari ini. Pihak Majikan bersetuju untuk membayar bayaran ex gratia sebagai ganti untuk pemulihan kerja dan pekerja bersetuju untuk menerima bayaran tersebut. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk tidak membuat apa-apa tuntutan selepas termeterainya memorandum persetujuan yang ditandatangani kedua dua pihak.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA.

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#Madanichannel

#RakyatBantuRakyat

#pekerjakilang

#pekerjakeras