12.1.2024 Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

 

12.1.2024 Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

 

 

12.1.2024 Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

KHIDMAT NASIHAT PERCUMA BERKENAAN ISU PEKERJAAN DI SPACAAM

Seorang lagi pekerja dari sektor pembinaan telah hadir ke pejabat SPCAAM petang tadi. Beliau telah diberikan penerangan berkenaan permasalahan yang dihadapinya oleh Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM.

Masalah yang dihadapi adalah kelewatan pihak majikan membayar gaji bulanannya. Adalah menjadi satu kesalahan majikan sekiranya tidak mematuhi tempoh bayaran gaji sepertimana termaktub pada Bahagian 3, Pembayaran Upah di Seksyen 19, Masa Pembayaran Upah, Akta Kerja 1955.

Majikan hendaklah membayar kepada setiap pekerjanya tidak lewat dari hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana mana tempoh upah,ditolak potongan potongan yang sah yang diperolehi oleh pekerja tersebut dalam tempoh upah tersebut.

Pihak SPCAAM telah menasihatkan pekerja tersebut untuk terus membuat aduan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan alamat tempat kerjanya. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan.

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#Madanichannel

#RakyatBantuRakyat

#kesatuan

#KesatuanSekerja

#pekerjakilang

#malaysia