10 Januari 2024 – Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

 

10 Januari 2024 – Ibupejabat SPCAAM Kuala Lumpur

 

 

KHIDMAT NASIHAT KEPADA PEKERJA – SPCAAM

Ibupejabat SPCAAM telah mula dihadiri oleh pekerja yang memerlukan khidmat nasihat secara percuma hampir setiap hari. SPCAAM yang diwakili oleh Sdra Zul Thye, selaku Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memberikan khidmat nasihat terhadap seorang pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan atas pertuduhan salah laku kerja.

Sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mana-mana pekerja yang menganggap dirinya telah dipecat tanpa sebab atau alasan yang munasabah oleh majikannya, bolehlah memfailkan kesnya di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) mengikut negeri masing-masing.

Pekerja yang bekerja di sektor perkhidmatan telah ditamatkan perkhidmatan dan telah memfailkan kesnya di JPP Selangor. Beliau memerlukan wakil SPCAAM untuk mewakilinya dalam sesi Rundingan Damai yang akan datang. Di akhir sesi pertemuan, beliau telah mengisi borang keahlian SPCAAM dan terus menjadi ahli SPCAAM yang sah.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#Madanichannel

#RakyatBantuRakyat

#pekerjakilang

#malaysia